Sunday, February 7, 2010

Muhyiddin diminta tegur pemimpin BN

Muhyiddin diminta tegur pemimpin BN

http://http//www.sinarharian.com.my/com/content/story6770001.asp



KUANTAN- Ahli Jawatan Kuasa Pusat MCA, Datuk Ti Lian Ker meminta Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihati pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) khususnya yang bergelar Menteri agar berhenti bercakaran sesama sendiri.

“Pemimpin yang mantap dan matang tidak akan bercakaran sesama sendiri sebaliknya sentiasa mencari jalan mengukuhkan BN selari dengan semangat demokrasi.

“Ada kalanya pemimpin yang bercakaran ini sentiasa melaungkan semangat demokrasi namun pada masa yang sama mereka sendiri yang tidak mematuhi semangat itu selain tidak berpegang kepada konsep keluhuran perlembagaan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan ang pau kepada warga emas di dewan Menteri Besar, semalam.

Lian Ker berkata demikian ketika diminta mengulas teguran TPM apabila mengarahkan parti-parti komponen BN yang bermasalah khususnya MCA dan parti Progresif Penduduk (PPP) supaya mengambil langkah segera menyelesaikan kemelut dalam parti masing-masing.

“Masalah dalaman dalam MCA adalah masalah yang lebih bersifat individu.

“Dalam hal ini, semua parti komponen ada krisis dalaman masing-masing, justeru itu semua parti terlibat perlu menyelesaikan masalah mereka,” katanya.

No comments: