Wednesday, October 22, 2008

sUka-sUkA pukul orang...duKa kiTa tidak dipandang!

Politik MCA Pahang kononnya adalah MCA paling stabil dan padu di seluruh Negara. Ini adalah ungkapan yang kerap dijaja oleh Pemimpin Pahang khususnya Chan Kong Choy untuk 'pao' atau tipu pemimpin-pemimpin seluruh negara supaya dia ada political chips atau daun untuk tipu dan terus menipu rakan dan lawan. Chan Kong Choy terkenal sebagai seorang penipu dan licik bagai serigala dalam hutan. Ini telahpun diakui dan disebut oleh bekas Presiden Ong Ka Ting secara peribadi dan privately banyak kali. Mungkinkah kelicikan ini yang menyebabkan OKT senantiasa dalam ketakutan dan gentar berhadapan dengannya? Adakah sebab ini yang menyebabkan OKT tidak berani memberhentikan budaya politik tidak sihat yang di maharajalelakan oleh CKC yang menimbulkan kemarahan, kegeraman dan kebencian Ahli-Ahli di merata Negara? Kenapakah OKT tutup mata pada CKC apabila dia bermaharajalela bertindak membawa duka dan sengsara terhadap member dan leader? Mengapakah CKC dibela bila dia durhaka pada parti? Mengapakah CKC kerap dan bebas putar-belit dan tidak perlu bertanggung-jawap? Mengapa CKC boleh meneruskan dengan membahagi bulu walhal OKT telah kerap kali menekankan kita adalah satu? Inilah budaya politik sihat dan Nine Pillars of Strength yang diceramah tetapi tidak diamal oleh OKT yang menunjukkan ketidak consistency OKT yang membiarkan CKC bermaharajalela dan liar dalam parti. Jawapan OKT pada saya ialah dia adalah Deputy President! Adakah Timbalan boleh mengenepikan parti dan Presiden parti semata-mata dia Timbalan? Mana bola OKT? Itulah sebabnya ada pemimpin BN mengatakan dan mempunyai tanggapan CKC yang menguruskan parti dan bukan OKT. Bagi saya OKT bersembunyi dibelakang dan CKC berlagak depan dan sama-sama bersubahat menjaga kepentingan dan menuju agenda masing-masing. YOU SCRATCH MY ITCHY BALLS AND I SCRATCH YOURS???

Berbalik kepada politik MCA Pahang. Saya ingin merakamkan Takziah kepada pembunuhan politik rakan bekas Adun Tanah Rata yang telah berkhidmat dengan parti berpuluh tahun dan menimpa kemalangan dalam masa melaksanakan tugas parti. Beliau tidak mempunyai sumber pendapatan lain setelah meletakan jawatan dalam Kerajaan untuk bertanding dan menang atas tiket BN. Setelah kemalangan yang menimpa beliau dalam perjalanan dan mengancam nyawa, beliau telah sembuh dan kembali bertugas dengan lancar dan tetap popular dan dikehendaki. Malangnya CKC dan Hoh Khai Mun Pengerusi MCA Pahang yang juga classmate CKC dan menjadi bonekanya di Pahang telah menjadikan alasan kemalangannya dan mencari-cari laporan perubatan untuk menidakkan bekas Adun YB Chung bertanding. Kononnya dia tidak sihat walhal laporan perubatan tidak lagi relevan kerana pesakit telahpun sembuh dan ramalan tidak lagi relevan.

Akibatnya , kawan bekas Adun bertindak bertanding atas tiket Bebas dan telah menangkis dan mengalahkan calon BN dan DAP. Ini telah jelas menunjukkan Hoh Khai Mun sebagai Pengerusi Negeri harus bertanggungjawap dan bukannya menyalahkan UMNO atau Tsunami. Kalau rakyat marah dengan UMNO, calon DAP patut menang. Kalau bekas Adun dikekalkan, BN akan menang besar. Apakah sebab sebenar Hoh Khai Mun memilih kroninya untuk menggantikan seorang Adun yang rajin bekerja, masih muda bertenaga, tetap relevan dan popular? Mengapakah kepimpinan parti pada masa berkenaan tidak bertimbangrasa dan bersimpati atas kemalangan yang ditimpa oleh bekas Adun dan sebaliknya menjadikannya alasan untuk mencantas dan membunuhnya? KEJAM! SUNGGUH KEJAM DAN TIDAK BERHATI PERUT! INI SEMUA RAKAN DAN BUKAN LAWAN???

Apabila calon bebas yang juga ahli MCA bertanding atas tiket bebas, CKC telah secara terbuka mengatakan calon-calon bebas ini akan dipecat tetapi hakikatnya HKM telah menerima borang kemasukan semula calon bebas yang menang tanpa dibincang dan menjemput kita bersama-sama mengambil gambar untuk publisiti media tempatan tanpa segan-silu dan memahami prinsip-prinsip KEPIMPINAN dan KEAMANAHAN...Kepimpinan patah balik..Kepimpinan tidak bertanggungjawap dan amanah..Kepimpinan tak MALU!!

Kepimpinan MCA Pahang kerap serang dari dalam dan menunjukkan kekuatan dengan membuli orang untuk tayang kepada orang...Wanita yang berupaya dan pandai seperti YEN YEN juga tidak dilepaskan..Kepimpinan MCA Pahang menunjukkan kekuatan dengan mencantas dan membunuh orang mengikut naluri seorang dua Pemimpin tanpa mengira kepentingan parti...Kepimpinan MCA Pahang membudayakan ciri-ciri politik yang mundur ke belakang...Kepimpinan MCA Pahang mencari gang dan bukannya pasukan...Kepimpinan MCA telah menjadi bahang lawak dan ketawa orang...Kepimpinan MCA sudah hilang halatuju dan arahan...Kepimpinan MCA penuh kekurangan dan kelemahan...

BERAPA LAMA LAGI BUDAYA INI AKAN BERTERUSAN?
AHLI-AHLI SUDAH CEMUH DAN FED-UP DENGAN LAKONAN
PIMPINAN KUKU BESI YANG TIDAK SIHAT DAN MERUGIKAN!
TETAPI KITA BISU DAN DUKA DALAM DIAM DAN KETAKUTAN!
PADA LONE RANGER LAH KITA MENARUH HARAPAN!!!!!
BUDAYA PUKUL LARI HARUSLAH BERHENTI SEKARANG....
SEDARLAH DIRI WAHAI HOH KHAI MUN!!!!!!!!!!!!
ZAMAN DINASTI CKC SUDAH DI PERAKHIRAN...
MCA PAHANG BUKAN KEPUNYAAN AWAK SEORANG??
SAYA HANYA MENURUT RENTAK BERANI DAN LANTANG
REBRANDING MCA TELAH MENJADI LAUNGAN DAN IDAMAN
TUNTUTAN PEMBAHARUAN HENDAK MULA DARI DALAMAN!!!!!!

3 comments:

tioman dragon said...

Dato, kenapa marah sangat, macam sudah hilang akal? cool down man. slow down, don't over kill or you will get kill.

Unknown said...

Ya, saya sungguh kagum dengan ungkapan-ungkapan yang begitu jitu. Saya terpesona dengan tangkapan dato yang begitu jelas. Saya turut terharu membaca cerita sebenar berkenaan dengan ADUN Tanah Rata yang jatuh dan terus di timpa oleh tangga HKM. I am touched by your personal feeling of great compassion towards a victim. Your concern about the damage done on MCA Pahang reflects your great sense of responsibility. I was initially concerned about your out-spoken nature and your strong courage to clash head-on with the notorious monsters. Now, I am beginning to realised that you are speaking out the minds of the majority from all over the country who voted you in. This little minds, so many of them, all over the countries are searching and waiting for someone like you to speak out for them. Yes, your statements and revelations may be abused by some, may raise some anger from some corners but the truth revealed is so important. It overwhelms the negative side effects. Without someone like you to divulge the conspiracy, to assemble the pieces of truth together in such a vivid manner, we will not see the real cause of our weakness. If the salient weakness in the party is not diagnosed, we can never transcend the hidden cause. Bravo! Bravo Dato' Ti. You have done justice to the votes we put in. HISTORY is the most crucial element towards the diagnosis of our disease within MCA and ONLY WITH A GOOD DIAGNOSIS CAN WE TREAT THE DISEASE WELL. I am sure Dr. Chua SL agrees with me.

阿叔 said...

correct!correct!correct!

ckc did nothing for chinese, but so much for himself.