Saturday, September 26, 2009

Jawatankuasa Pusat MCA pertahan tindakan terhadap Soi Lek

Utusan online
ARKIB : 22/09/2009

Jawatankuasa Pusat MCA pertahan tindakan terhadap Soi Lek

22/09/2009 5:09pm

KUALA LUMPUR 22 Sept. — Anggota Jawatankuasa Pusat (CC) MCA, Datuk Ti Lian Ker hari ini mempertahankan keputusan jawatankuasa berhubung kes Datuk Dr. Chua Soi Lek.

“Adalah malang bagi Jawatankuasa Pusat dihina dan dianggap sebagai rubber stamp, selepas Jawatankuasa Pusat itu mengubah keputusan Majlis Presiden berhubung cadangan yang dikemukakan Lembaga Disiplin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau merujuk keputusan Sabtu lepas yang dibuat Jawatankuasa Pusat apabila menukar keputusan pemecatan Soi Lek daripada parti kepada menggantung timbalan presiden itu selama empat tahun.

Lian Ker yang juga Pengerusi Perhubungan badan bukan kerajaan parti itu berkata, menurut Artikel 47 perlembagaan MCA dengan jelas menyatakan Majlis Presiden bertanggungjawab kepada Jawatankuasa Pusat.

“Sehubungan itu, Jawatankuasa Pusat berdasarkan kuasa yang ada mempunyai hak untuk menyemak, menilai atau membatalkan sebarang keputusan Majlis Presiden,” tegasnya.-Bernama

No comments: