Wednesday, November 12, 2008

Restoran Kos Lebih RM1.7 juta Diarah Roboh.




















Restoran Happy Corner di Raub telah didirikan dengan kos RM1 juta lebih telah diarah untuk dirobohkan kerana melanggar syarat dan bye-law Majlis Tempatan. Setelah menerima panggilan Empunya yang melibatkan campurtangan DAP dan Polis sebelum ini, saya telah ke Raub dan mendapat kerjasama Pegawai Daerah untuk memberi ruang dan pertimbangan agar Empunya Restoran tidak mengalami kerugian besar. Persoalan perundangan dan cadangan penyelesaian telah dicapai dalam mesyuarat bersama Pegawai Majlis Daerah Raub dan Pejabat Tanah Daerah. Rombongan kami tidak menghubungi press tetapi apabila Press ingin mendapatkan maklum-balas penyelesaian isu ini, Pegawai Daerah Raub telah menyerahkan kepada diri saya untuk melayan Press.
Beberapa hari setelah berita ini dikeluarkan, ada orang menghasut Tuan Pegawai Daerah dengan menyampaikan bahawasanya saya telah mengatakan pada surat-khabar Cina bahawa saya telah mengarahkan Dato Pegawai Daerah untuk menyelesaikan perkara ini?? Inilah budaya hasutan dan provokasi orang yang kuat dengki!!! Untung saya Pegawai Daerah tidak termakan racun hasutan...Terimakasih Dato!




No comments: