Thursday, March 19, 2009

Re: POLITIK: RABU 20 FEBRUARI 2008

Postby dtecconan on Tue Feb 26, 2008 8:04 am

MCA gugur Adun Teruntum

KUANTAN: Kepemimpinan tertinggi MCA sudah meminta Ketua Bahagian MCA Kuantan yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Teruntum, Datuk Ti Lian Ker (gambar) bersedia untuk digugurkan daripada bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-12 ini.

Tindakan itu dilakukan bagi memberi peluang parti melakukan pembaharuan, sekali gus mengetengahkan muka baru bertanding pada pilihan raya ini.

Perkara itu dinyatakan dalam pertemuan antara Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Chan Kong Choy; Ahli Parlimen Kuantan, Datuk Fu Ah Kiow dan Pengerusi MCA Pahang, Datuk Hoh Khai Mun dengan Ti di pejabat Kementerian Pengangkutan, di Putrajaya, kelmarin.

Pada sidang media, di sini, semalam, Ti berkata, perkara itu sangat mengejutkannya kerana setakat ini beliau belum bersedia berundur selepas mendapat sokongan padu pada peringkat bahagian dan akar umbi.

“Jika berundur, bermakna saya tidak bertanggungjawab dan menolak kepercayaan mereka. Malah, MCA Bahagian Kuantan mencalonkan nama saya untuk DUN Teruntum dan mereka memberi sokongan, tapi arahan ini menyebabkan mereka hampa dan menjadi emosional.

“Saya memohon diberi pertimbangan kerana masih muda dan sedia berkhidmat untuk rakyat. Selebihnya, saya menyerahkan kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) membuat keputusan,” katanya

No comments: